Wednesday, December 9, 2009

Tuvalu dan Maldives Diancam Tenggelam, Thailand???

 ARKIB : 05/12/2009 - UTUSAN MALAYSIA

Deklarasi perubahan iklim CHOGM [LINK for full story]


Tuvalu dan Maldives umpamanya, diancam tenggelam dalam beberapa dekad lagi jika langkah susulan segera tidak diambil. Perubahan iklim bukan lagi masalah kepada negara kepulauan kecil ini tetapi ia adalah soal hidup atau mati. Beberapa pulau kecil di negara ini telah pun tenggelam.
Perubahan iklim telah mengakibatkan glasier cair dan lautan bertambah luas. Kesannya, paras air laut semakin meningkat. Salah satu sebab utamanya ialah pembakaran bahan api fosil.
Negara-negara Asia juga bakal menerima kesan buruk. Negara pengeluar beras termasuk Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India kini sudah mengalami masalah banjir di kawasan tanaman padi mereka.
Di Tuvalu yang Menteri Dalam Negerinya turut hadir pada CHOGM 2009, negara itu kini mengalami banjir dan pencemaran air masin sehingga menjejaskan bekalan air. Semakin ramai penduduknya telah berhijrah atau menjadi pelarian - pelarian iklim.
Di peringkat negara kepulauan kecil ini, kesan perubahan iklim sudah banyak kali dibangkitkan sama ada menerusi pertubuhan serantau mahupun di peringkat PBB sejak pertengahan 1990-an.
Menyedari suara mereka kecil, negara-negara ini telah menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Kepulauan Kecil pada 1990 khusus untuk mengenengahkan isu perubahan iklim dan nasib mereka yang sering dipinggirkan.

0 comments:

Post a Comment